Sunday, May 16, 2010

PESANAN DAN TEMPAHAN



Perkhidmatan utama kami ialah memasak dan menghantar telur pindang yang ditempah oleh pelanggan bagi memenuhi kehendak sesuatu majlis. Telur pindang boleh dijadikan sebagai isian di bunga pahar pelamin / diletakkan di dalam dulang hantaran / diberikan kepada tetamu sebagai cenderahati (doorgift).

Anda juga boleh memilih untuk menempah telur pindang sahaja ataupun disediakan sekali bersama dengan bekas cenderahati seperti dalam sarung organza, bekas anyaman mengkuang, bekas plastik kilat berwarna dan pelbagai lagi bekas cenderahati dengan pakej-pakej yang kami tawarkan.

Saiz telur ayam yang sederhana sahaja yang digunakan (B/C/D), mengikut pasaran telur ayam semasa. Tempahan minimum (paling sedikit) sebanyak 150 biji. Tempahan perlu dibuat paling lewat sebulan awal sebelum tarikh majlis untuk kami melakukan persediaan rapi bagi menjamin kualiti produk. Namun, sekiranya pelanggan menempah pada saat-saat akhir, harga mungkin akan berubah dari yang asal (harap maklum). Tempoh penghantaran adalah, 2 - 3 hari sebelum majlis bagi kawasan Johor Bahru dan 3 - 4 hari sebelum majlis di luar kawasan negeri Johor.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada kami di :
email : telurpindangjohor@gmail.com
tel : +60127974488 - Baiti
(jangan malu dan segan... yang penting kepuasan hati)

Penghantaran PERCUMA untuk daerah Johor Bahru sahaja. Untuk tempahan di luar daerah Johor Bahru, kami akan mengenakan caj penghantaran yang berbaloi. :)

Berikanlah sesuatu yang unik dan berbeza untuk majlis anda, disamping mengekalkan warisan kita agar tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK DAPATKAN TAWARAN HEBAT!

No comments:

Post a Comment