Saturday, March 19, 2011

TAG CARD BERKALENDAR


Tag Card berkalendar yang terbaru dari kami... sesuatu yang amat berbeza untuk diberikan kepada tetamu di majlis anda yang bermakna. Rekaan mengikut citarasa anda, dicetak depan belakang saiz business card, dengan artcard 230gm.


Saturday, October 2, 2010

KAD TERIMA KASIH

Kad ucapan terima kasih yang biasa kita lihat di kedai-kedai pengantin hanyalah bertuliskan perkataan `terima kasih' semata-mata. Betul kan? Dan ianya kecil. Kad ini biasanya diletakkan / diikatkan bersama dengan bunga telur, beg-beg goodies @ apa jua cenderahati perkahwinan @ majlis-majlis keraian yang lain.

Kami di Telur Pindang Johor mencipta satu kelainan untuk para pengantin atau pelanggan yang inginkan keunikan dalam majlis mereka. Kad yang kami reka boleh memuatkan isi/maklumat tentang pasangan pengantin, majlis dan tarikh diadakan dan beberapa madah untuk dijadikan sebagai kad terima kasih kepada para tetamu yang hadir. Kad ini mempunyai design yang berbeza dari yang lain dan para pelanggan juga boleh menggunakan design sendiri ataupun gambar sendiri dengan harga yang amat berpatutan. Jadikan majlis anda sesuatu yang bersama bersama kami.. :)

Antara contoh design yang boleh dipilih (kami akan sentiasa update design terbaru untuk anda pilih dan jadikan keunikan :

KOD KAD : A001


KOD KAD : A002


KOD KAD : A003


KOD KAD : A004


KOD KAD : A005


Design kad ucapan terima kasih untuk majlis perkahwinan. Sesuai diikat bersama bunga telur/ beg goodies / apa jua cenderahati perkahwinan

Kod kad : A001 - A005
Saiz kad : 1 inch x 2 inch

Minimum kuantiti : 100 keping
Harga : RM 30/- termasuk postage

300 keping = RM 55/- termasuk postage
500 keping = RM 75/- termasuk postage
1000 keping = RM 85/- termasuk postage

**request utk tali
100kpg = RM 35/- siap postage
300 keping = RM 60/- termasuk postage
500 keping = RM 85/- termasuk postage
1000 keping = RM110/- termasuk postage

Sunday, May 16, 2010

PESANAN DAN TEMPAHAN



Perkhidmatan utama kami ialah memasak dan menghantar telur pindang yang ditempah oleh para pelanggan bagi memenuhi kehendak majlis yang diaturkan. Telur pindang boleh dijadikan sebagai isian di bunga pahar pelamin / diletakkan di dalam dulang hantaran / diberikan kepada para tetamu sebagai cenderahati (doorgift)

Anda boleh memilih untuk menempah telur pindang sahaja ataupun kami sertakan sekali dengan bekas-bekas cenderahati seperti dalam sarung organza, bekas anyaman mengkuang, bekas anyaman jerami dan pelbagai lagi bekas cenderahati dengan pakej-pakej yang akan kami tawarkan.

Anda boleh memilih saiz telur yang anda mahukan (A,B @ C) dimana harga bermula sekitar RM0.90 sebiji pada setiap 1000 biji tempahan (untuk telur sahaja). Tempahan perlu dibuat sepaling lewat sebulan awal dari majlis untuk kami melakukan persediaan rapi bagi menjamin kualiti produk. Namun, sekiranya berlaku jua di saat-saat akhir, kami perlu berbincang dengan pelanggan tentang harga (harap maklum). Tempoh penghantaran : dalam tempoh seminggu sebelum majlis - untuk daerah Johor Bahru sahaja (oleh itu, jangan risau)

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada kami di :
email : telurpindangjohor@gmail.com
tel : 0177555488 - Kam
0177233544 - Atie
(jangan malu dan segan... yang penting kepuasan hati)

Penghantaran PERCUMA untuk daerah Johor Bahru sahaja. Untuk tempahan di luar daerah Johor Bahru, kami akan mengenakan caj penghantaran yang berbaloi. :)

Berikanlah sesuatu yang unik dan berbeza untuk majlis anda, disamping mengekalkan warisan kita agar tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK DAPATKAN TAWARAN HEBAT!

Saturday, May 15, 2010

KEGUNAAN TELUR PINDANG


Bagi kebanyakan masyarakat Melayu Johor yang masih lagi mengekalkan warisan dan adat keturunan, penggunaan telur pindang masih lagi kelihatan meluas terutamanya di dalam majlis perkahwinan. Namun, sekarang, bukan sahaja di majlis-majlis perkahwinan, malah di majlis cukur jambul, pertunangan, majlis menyambut orang kenamaan dan sebagainya, telur pindang dijadikan sebagai cenderahati disamping makanan / cenderahati yang lain (doorgift).

Bagi majlis perkahwinan, telur pindang dijadikan sebagai isian di dalam bekas bunga telur/bunga pahar, dijadikan sebagai bahan hantaran pengantin @ diisikan di dalam beg kertas kemudian diberikan kepada para tetamu yang hadir sebagai tanda ucapan terima kasih.

Pemberian telur pindang dianggap berbeza kerana cara penyediaannya yang agak rumit. Namun, tidak salah bukan seandainya warisan ini diteruskan oleh anak-anak muda kita di dalam majlis mereka? Jikalau mereka berkahwin dengan lelaki/perempuan dari negeri lain, bukankah ini salah satu cara kita mengajar dan menunjukkan adat warisan negeri Johor? :)

BAGAIMANA CARA MEMASAKNYA?


Seperti telur biasa dan telur asin yang akan digunakan untuk majlis-majlis keraian, telur pindang juga perlu direbus namun bukan sekadar dengan air kosong. Rebusan telur pindang dipenuhi dengan ramuan-ramuan khas seperti daun senduduk, daun jambu batu, daun manggis, serai, lengkuas dan beberapa halba terpilih. Rasanya yang unik dan berbeza ini datangnya daripada serapan air rebusan yang dipenuhi dengan bahan-bahan ini manakala warnanya yang gelap adalah dari campuran daun-daun yang telah dinyatakan.

Proses perebusan telur pindang memakan masa berhari-hari. Api perlu dikawal dengan baik agar dapat mengurangkan keretakan dan dapat membantu proses penyerapan bahan ke dalam telur pindang dengan lebih baik. Proses perebusan yang betul akan membantu telur pindang untuk bertahan lebih lama daripada busuk@basi. Ketahanannya boleh mencecah tempoh 2-3 minggu dan ini membuatkan kita tidak perlu risau.

WARISAN MELAYU JOHOR


Apakah yang dinamakan telur pindang ?

Telur pindang merupakan salah satu daripada makanan yang dibuat oleh masyarakat lama Negeri Johor (terutamanya kaum Jawa). Jikalau mengikut sejarah, para pedagang membawa telur pindang sebagai bekalan makanan di dalam perjalanan yang jauh kerana ketahanannya daripada basi@busuk melebihi dua minggu (jikalau dimasak dengan cara yang betul).

Telur pindang dimasak selama berhari-hari (selalunya paling minimum ialah 3 hari 3 malam sehinggalah boleh mencecah 7 hari 7 malam) dengan air rebusan yang mengandungi bahan-bahan alami & campuran halba terpilih bagi mewujudkan aroma serta rasa yang unik.